Sunday, December 22, 2013

Panduan Pemakanan Untuk Kuruskan Badan



Testimoni pengguna dari group kami yang telah mengamalkan Set Kurus Shaklee. 
Boleh dipraktikkan untuk bantu mendapatkan berat badan yang diidamkan. 







Harap tips ni dapat membantu semua yang ingin menurunkan berat badan.. tapi kena ingat, jangan mudah putus asa dan teruskan berusaha!!  :)

 



Perbezaan Vitamin Semulajadi & Vitamin Sintetik





Ramai yang telah menyedari bahawa pengambilan vitamin sebagai makanan tambahan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita mendapat nutrisi yang lengkap. Namun, ramai yang tidak tahu tentang perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi.

Secara ringkasnya:

  • Vitamin Semulajadi : Vitamin yang diekstrak dari sumber semulajadi
  • Vitamin Sintetik : Vitamin yang diperbuat daripada tindak balas kimia untuk menyamai fungsi vitamin semulajadi

Perbezaan di antara Vitamin Semulajadi & Vitamin Sintetik :


Vitamin Semulajadi
Vitamin Sintetik
1. Penghasilan

·         Dihasilkan dari ekstrak bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. 

·         [Contoh: pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya]
·         Dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin.

·         [Contoh: asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik]

2. Keserasian dengan badan

·         Dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh.

·         Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

·         Walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan.

·         Mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan dalam jangka masa panjang.

3. Harga
·         Lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi dan memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

·         Biasanya lebih murah
4. Kesan kepada tubuh badan
·         Dihasilkan dari sumber-sumber semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut.

·         [Contoh: kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang]

·         Oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain.
5. Kesan jangka panjang
·         Tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan semulajadi.
·         Mempunyai banyak kesan jangka panjang. Salah satunya akibat ketidakstabilan bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Mengapa Perlu Pilih Semulajadi?

  • Enzim dalam bahan semulajadi tidak alami perubahan yang melampau hasil proses haba yang tinggi & pelarut kimia yang keras
  • Tidak menggunakan pengisi & pengikat yang keras yang boleh halang penyerapan nutrien
  • Penyediaan bahan mentah adalah dari sumber semulajadi dan berkualiti
  • Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  • Mampu disimpan dalam tisu badan dengan lebih lama
  • Lebih mudah ditukar oleh sistem badan kita bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya

Bagaimana untuk Membezakan Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik?

  • Melalui pembacaan label.
- Vitamin Semulajadi dilabeli “D”
- Vitamin Sintetik dilabel “I”

  • Melalui perkataan ko-faktor seperti “bioflavanoids” atau “biodegradable”
  • Melalui kehadiran SILICA GEL di dalam bekas pembungkusan bagi vitamin sintetik

* Vitamin dari Shaklee adalah 100% semulajadi dan selamat digunakan. Anda tidak perlu was-was ye..